PEMBURU BIAWAK

Saturday, June 12, 2010

LANGKAH


Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap ruang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barang ke atas kenderaannya adalah sedekah, kata- kata yang baik adalah sedekah, tiap- tiap langkahmu untuk mengerjakan solat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan adalah sedekah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, May 11, 2010

AIR MATA

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Pernah satu ketika mendengar imam Masjidil Haram membaca ayat Allah ketika mengimamkan solat isya’, beliau menangis terisak- isak. Terlintas difikiran dia menangis dalam keadaan menjalankan tanggungjawab; sebagai seorang imam. Menunaikan kewajipan; sebagai seorang hamba yang kerdil. Hebat…

Bukanlah tatkala dia menangis mengenangkan tugasnya sebagai imam yang wajib membimbing ma’mun dibelakangnya yang beribu- ribu mungkin. Berjuta- juta…

Malah hatinya sentiasa bergetar membaca ayat- ayat Allah dengan hati yang tulus ikhlas…

Seorang “imam”, jika dilihat secara kasar sudah boleh diceritakan akan kewara’kan beliau…namun senantiasa juga menangis kepada Allah kerana inginkan dosanya diampunkan.

Penyucian jiwa melalui airmata. Terapi paling berkesan buat mereka yang ada penyakit hati…gelap hati…!

"Wahai saudaraku-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut? Demikian nasihat Abdul Wahid bin Zaid.

Monday, May 10, 2010

BUNGA

LAGU BUNGA

Bunga- bunga di taman…

Sedang berkembang- kembangan…

Aduhai kau bunga jaga- jagalah dirimu…-Adnan Abdullah. Sg Pas

(dedikasi buat sahabat- sahabat SMUARA/Maahad Rahmaniah K.Krai)

Sunday, May 9, 2010

HANYA 'DUA'

Hanya 'dua' yang ada. satu daripadanya pasti menjadi milik kita...
Hanya 'dua' tawaran terbuka. satu daripadanya kita akan gembira. satu daripadanya kita akan berduka...
Hanya 'dua'. suka atau duka terpulang kepada kita...
Hanya 'dua' yang nyata untuk kita. SYURGA atau NERAKA?...
Cinta ALLAH dan Rasulnya. SYURGA...
Cintakan dunia semata- semata. NERAKA...

"Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah Subhanahu wata’ala dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sendiri”, Disebutkan di antara mereka:
….Orang yang mengingat pada Allah Subhanahu wata’ala di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)

“Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” Para shahabat bertanya: “Apa yang engkau lihat ya Rasulullah” Beliau shallallahu‘alaihi wasallam menjawab: “Saya melihat Al Jannah dan An Naar.” (HR. Muslim Kitab Sholat no. 426)

Monday, May 3, 2010

KHUSYUK

Sunday, May 2, 2010

TAZKIYATUN NAFS

Thursday, April 29, 2010

SELAMAT BERJUANG

Blog Archive