Tuesday, May 11, 2010

AIR MATA

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Pernah satu ketika mendengar imam Masjidil Haram membaca ayat Allah ketika mengimamkan solat isya’, beliau menangis terisak- isak. Terlintas difikiran dia menangis dalam keadaan menjalankan tanggungjawab; sebagai seorang imam. Menunaikan kewajipan; sebagai seorang hamba yang kerdil. Hebat…

Bukanlah tatkala dia menangis mengenangkan tugasnya sebagai imam yang wajib membimbing ma’mun dibelakangnya yang beribu- ribu mungkin. Berjuta- juta…

Malah hatinya sentiasa bergetar membaca ayat- ayat Allah dengan hati yang tulus ikhlas…

Seorang “imam”, jika dilihat secara kasar sudah boleh diceritakan akan kewara’kan beliau…namun senantiasa juga menangis kepada Allah kerana inginkan dosanya diampunkan.

Penyucian jiwa melalui airmata. Terapi paling berkesan buat mereka yang ada penyakit hati…gelap hati…!

"Wahai saudaraku-saudaraku sekalian, tidakkah kalian menangis kerana rindu kepada Allah. Bukankah sesungguhnya orang yang menangis kerana takut kepada neraka akan dilindungi Allah dari neraka tersebut? Demikian nasihat Abdul Wahid bin Zaid.

0 comments: